Author: محمد فتحي
•8:41 PM
Ahmad dan Ali adalah dua orang sahabat baik dan mereka tinggal berjiran. Kedua-duanya hidup dalam kemiskinan dan kesempitan. Setelah seharian berusaha, masing-masing akan berdoa. Begitulah kelaziman mereka berdua. Mereka akan singgah di masjid setiap kali habis bekerja untuk solat dan berdoa.


"Apakah doamu pada hari ini?" tany Ahmad kepada sahabatnya, Ali.

"Aku berdoa agar esok hari aku dimurahkan rezeki. Bulan ini perbelanjaanku lebih daripada biasa," jawab Ali.

"Doamu?" Ali pula bertanya kepada Ahmad. Ahmad hany tersenyum tanpa berkata apa.



Keesokan harinya, Ali memberitahu Ahmad berita gembira. 
"Alhamdulillah, doaku semalam telah dimakbulkan Allah.
 Majikanku beri bonus pada hari ini."tambah Ali

"Alhamdulillah, hari ini kau akan berdoa apa pula?" tanya Ahmad
.
"Aku berdoa moga isteriku selamat bersalin." jawab Ali.

Mereka berdua pun masuk ke dalam masjid lalu mengerjakan solat serta berdoa.



Sejurus usai berdoa, Ali bertany, "Kau pula berdoa untuk apa hari ini?".
Ahmad tersenyum, masih tidak menjawab.

Beberapa hari kemudian, Ali memberitahu berita gembira.
 "Syukur isteriku selamat bersalin malam tadi. Nampaknya doaku makbul, Mad."
"Alhamdulillah... Tahniah, Ali."

"Aku berdoa juga agar anakku selamat," kata Ahmad dengan wajah muram.

"Kenapa dengan anakmu?"

"Anakku yang bongsu sakit, Ali. Keadaannya amat membimbangkan."

"InsyaALLAH, kau doalah kuat-kuat sikit. Minta anakmu selamat," kata Ali.



Beberapa hari kemudian, mereka berbual seusai solat seperti kebiasaannya.
"Bagaimana dengan anakmu?" tany Ali.

"Macam itu juga. Sudah beberapa hari tapi keadaannya cuma bertambah baik sedikit sahaja."

"Doa banyak lagi Ahmad. Aku tidak sangka doaku sangat makbul. Hampir setiap yang aku doakan mustajab. Tapi kau......"

"Kenapa dengan aku?"

"Mad, aku lihat Ahmad doamu tidak mustajab." Ahmad tersenyum...
Melihat Ahmad tersenyum, Ali semakin hairan lalu bertanya lagi, "Aku hairan, doamu tidak mustajab."

"Sebenarnya doaku telah banyak dimakbulkan Allah. Syukur Alhamdulillah."

"Doa yang mana? Sebab aku lihat tiada tidak ada apa-apa perubahan pada kau."

"Doaku sejak dulu hanya untukmu sahabatku. Setiap hari aku berdoa agar Allah makbulkan setiap apa yang kau doakan padaNYA.




Cerita dipetik daripada Majalah Solusi Isu 22...


Apabila penulis baca artikel ini,sedikit sebanyak penulis teringat akan sebuah  
filem dari negara seberang, "LASKAR PELANGI".Ya! Ceritanya tidaklah sehebat filem-filem yang pernah mendapat 'box office' apabila ditayangkan di Malaysia,namun penangannya masih 'menjadi' bagi penggemar-penggemar filem yang dahagakan kelainan dari filem-filem yang sentiasa berada di arus yang sama setiap kali ditayangkan.Cerita cinta 'sang puteri' dan 'putera' yang kacak bergaya. Hidup sentiasa dalam kemewahan,plotnya hanya bermain-main tentang pergolakan cinta yang tidak kemana,dan akhirnya menjadi fanomena untuk sekalian rakyat untuk hidup ber'tuhan'kan CINTA.(nah! bagai  pakar bidang sosio penulis berceloteh mengkritik,huhu).Balik semula kepada LASKAR PELANGI, penulis tertarik dengan quote yang sering diulang-ulang dalam filem ini...


******************************************************
"Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya"...

******************************************************


Penulis tidak berminat untuk mengulas lebih lanjut tentang filem ini,tapi bagi sesiap yang tidak menonton filem ini,penulis memberikan 4 bintang setengah untuk filem ini(dengan jujurnya,^_^).Rasanya sudah letih penulis menaip di blog kali ini,rasanya cukup setakat ini sahaja nukilan kali ini.Sebelum tangan berhenti menaip.,rasanya tidak cukup jika penulis tidak tinggalkan sedkit 'kata hikmah' untuk peringatan bersama.

Nasihat Luqman kepada anaknya:..

"Hai anakku,bila engaku berteman ,tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya,Namun biarlah dia mengharapkan sesuatu darimu" 


ps-marilah kita bersama-sama mendoakan sahabat-sahabat kita agar kita sentiasa berada di dalam BANTUANNYA,Berdoa bersama-sama agar kita dan sahabat-sahabat tidak ditempatkan dalam neraka dunia,yakni disisihkan dari rahmatnya untuk mendapat hidayah...
.
This entry was posted on 8:41 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

4 comments:

On February 14, 2011 at 6:17 PM , nuraiman said...

salam.
suka post ni! ^^

 
On February 14, 2011 at 11:33 PM , محمد فتحي said...

wassalam~...
tq very much!..^_^

 
On April 8, 2011 at 9:10 PM , Hazirah Ashhuri said...

assalamualaikum,
nice post..... ^_^

 
On June 4, 2011 at 9:47 AM , husna barakah said...

to get love is by giving it first
mcm hadith yg mksudnye sape yg x menyayangi x kn disayangi
it goes the same wt ukhwah.... :)