•8:16 PM
بسم الله الرحمن الرحيم
Salam alaikum~...Ampuni dosaku
Kerana kelahiran ku
Darah mu tumpah ke bumi
Dalam hidup yang penuh cabaran ini,
aku telah rebah tersungkur,
gara-gara cinta yang membutakan mata,
aku menangis..
Ampuni dosaku
Kerana sakit, sedih ku
Airmata mu membasahi pipi
Kala hati penuh derita,
kesengsaraan mengulit jiwa,
dirimu menghulur kasih sejati,
kasih sayang yang penuh beerti..
Ampuni dosaku
Kerana membesarkan ku
Resah gelisah selalu kau alami
Terima kasih,
atas doamu,
atas sabarmu,
atas nasihatmu,
sesungguhnya kerana kasih sayang ini,
aku tegar kembali,
terus kuat menghadapi hari-hariku,
tanpa gentar aku melangkah lagi,
mengusir duka lara ini pergi,
mencari kebahagiaan lebih abadi..
^_^ 1st entry,..dedikasiku untuk mu~