Author: محمد فتحي
•2:55 AM
"Ayah-ayah,liwat tu ape eh?" tanya seorang anak kecil pada bapanya...


Lantas si ayah berkata, "Eh! nape tanya camtu?Mane adik dapat perkataan ni?"


"Adik tengok kat muka depan surat khabar tu,apa dia benda tu ayah?", si anak terus mendesak untuk mendapatkan jawapan.


"Adik nak makan ice-cream tak?"...


si anak: "NAAAAKKK!!"...


Ayah: Haa!,jom ayah belanje..


Ha! terfikir tak keadaan ini? Pernah tak adik-adik/anak-anak kita bertanya perkataan seperti ini?Situasi di atas mungkin berjaya untuk si ayah menukar topik untuk pertama kalinya.Tapi untuk kali kedua,jika si anak teringat kembali, pasti si ayah akan di persalahkan oleh si anak,kononnya ayah menyorokkan sesuatu.NAH!! Beriya benar mewujudkan sekolah-sekolah MORAL,tapi mereka sendiri yang menyogokkan berita-berita yang menghamburkan nafas-nafas segar untuk jiwa si pemuda, memberi peluang kepada anak-anak mereka sendiri untuk  'berimiginasi'.


Ya! kemudian siapa akan dipersalahkan?

Si 'peliwat' kah?!


Orang yang kena 'liwat' kah?!!


Surat khabar?!


atau adakah si anak kecil???

Inilah situasi apabila,sang berkuasa desperate untuk terus mengekalkan kuasa.
Setiap inci 'kekuatannya' digunakan untuk kepentingan diri sendiri.Lantas muncul pula si tenggiling hitam membawa bergumpal-gumpal video sampah untuk di jadikan bukti.Kemudian,apabila kecoh orang mengatakan taktik menjelang pilihanraya,si penguasa berkeras menyatakan pendirian tidak terlibat apa-apa dalam 'pembikina filem kategori dewasa' itu.Haa! kelam-kabut sang-sang trio mengangkat sumpah menyatakan kebenaran.

Di mana sistem perundangan?
Mengapa sumpah di jadikan 'bahan bukti' ?Lantas membelakangkan sistem perundangan yang telah termaktub dalam sistem pemerintahan sang penguasa.
Di mana,kuat-kuasanya enakmen-enakmen penyebaran 'filem orang dewasa'? Lantas sekali lagi 'sang gajah' dieskploitasikan bagi menyampaikan 'syair-syair' fitnah di dada akhbar.


(tangannya bisa menutup mulut sesiapa sahaja)


                                                                     



 وَالْفِتْنَةُ أَشَدُّ مِنَ الْقَتْلِ...
"Dan fitnah itu lebih teruk daripada membunuh"(2:191)

Dan sesungguhnya amat la saya benci orang-orang yang lebih percayakan sumpah,fitnah,dan tuduhan-tuduhan sebelum benar-benar pelaku diadili dengan sistem keadilan yang sedia ada.


Makam siapa ni??
(sekadar gambar hiasan ,TIDAK ADA KENA MENGENA ANTARA YANG HIDUP MAHUPUN SUDAH MENINGGAL DUNIA)



Penulis menyokong keBERSIHan adalah kerana ia bertindak membantu kemenangan untuk 

memartabatkan orang yang mendukung perjuangan ISLAM.Sudah jelek rasanya apabila kita 

ditipu bulat-bulat oleh pemimpin yang ber 'ic'kan ISLAM. Tidak mahu lagi ,penulis melihat 

keturunan kita dicengkam oleh sekolah-sekolah pemikiran budaya rasuah,arak dan judi 

sebagai budaya MALAYSIA tercinta .

(kena tengok sampai habis)
(kalangan mereka sendiri yang mengaku)

Rakyat Mesir telah dizalimi oleh Hosni Mubarak selama 30 tahun. Dikatakan dia mendapat kemenangan hampir 99.99% apabila pilihan raya diadakan .Menjatuhkan pemimpin seperti ini dianggap sebagai ganas? Janganlah pula membuat tuduhan bahawa Ikhawanul Muslimin yang terlibat, sedangkan apa yang jelas berlaku di Mesir ialah kebangkitan rakyat.Mereka yang terlibat dengan protes ini terdiri daripada segenap lapisan rakyat Mesir. Muslim, Kristian, kelas bawahan, menengah bahkan atasan sekalipun, hatta aktivis Google telah berdiri dalam satu barisan menuntut pengunduran Mubarak. Isunya ialah penyelewengan, penindasan dan kezaliman rejim Hosni Mubarak. Maka, jangan pula getahnya dipalitkan kepada Ikhwan!

Maka demikian juga halnya di MALAYSIA,keBERSIHan dianjurkan oleh gabungan pebagai badan NGO. Ia di tubuhkan demi Pilihan raya yang adil. Jadi jangan sekali-kali telur yang busuk akan di campak ke orang yang memperjuangkan tertegakanya syariah ISLAM di MALAYSIA.
Islam tidak mengajar untuk melakukan keganasan, tetapi Islam tidak membenarkan umatnya menghina diri dan merelakan perlakuan zalim ke atas diri mereka.Bangun untuk ISLAM bukannya kerana mendokong gagasan 'keganasan' seperti yang di canang-canangkan!!
Justeru,di sini saya menyatakan pendirian saya. hidup mati saya menyokong keBERSIHan2.0.





- I belong to this school of thoughts-




Dari Abu Hurairah r.a., "Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda:"Ada tujuh golongan yang di naungi Allah ketika tidak ada naungan selain naungan-Nya;

(1) "Pemimpin yang adil,"(Bukan hanya pemimpin negara sahaja malah suami isteri juga di kira sebagai pemimpin)
(2) "Pemuda yang rajin beribadah kepada Allah,"
(3) "Laki-laki yang hatinya bergantung pada masjid-masjid,"
(4) "Dua orang lelaki yang saling mencintai semata-mata karena Allah, mereka berkumpul dan berpisah semata-mata kerana Allah,"
(5) Laki-laki yang di goda oleh wanita bangsawan lagi cantik,lalu ia berkata, "Sesunguhnya aku takut kepada Allah."
(6) "Laki-laki yang bersedekah dengan sembunyi-sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang di sedekahkan oleh tangan kanannya,"
(7) "Laki-laki yang mengingat Allah bersunyi diri hingga berlinangan air mata." 
(Bukhari, Muslim).

Jadi sebelum saya titipkan nokhtah, ingin saya menyeru kepada sekalian syabab-syabab agar marilah kita mengimarahkan masjid kerana tidak enak rasanya jika kita begitu berkobar-kobar untuk pergi ke keBERSIHan2.0 ini tapi kita begitu liat untuk solat berjemaah di masjid/surau. Jika pagi 9 july kita boleh bangun awal untuk ke sana,berjanjilah pada diri sendiri supaya boleh bangun awal pada hari-hari yang berikutnya untuk sama-sama kita berjemaah di masjid/surau terutamanya solat subuh (ajakan ini sebenarnya bersikap memberi peringatan kepada penulis jua)


-apendix-





ps-penulis meminta maaf kerana tidak dapat kota apa yang dijanjikan(asb halal haram) pada entry yang lepas. Demi agama tercinta, entry ini terpaksa diberikan laluan terlebih dahulu.Dan tajuk entry ini penulis petik dari status ustz Hasrizal baru-baru ini
Author: محمد فتحي
•8:40 AM
Dengan nama Allah SWT saya kembali ke laman ini.Demi menyambung kembali hasrat untuk
berkongsi sedikit cetusan rasa diri penulis, bahkan semata-mata mencari keredhaanNya. 
Berbulan-bulan tidak mencatatkan apa-apa di sini bukanlah bererti saya tidak berbuat apa-
apa, sebenarnya banyak sudah draft yang ada dalam akaun blogger ini,cuma masa yang tepat 
baru akan saya paparkan entry-entry tersebut.Kadangkala penulis merasakan berat 
sekali rasanya untuk menulis.Bukan apa, apabila gerak laku tidak sama dengan tutur kata 
terasa begitu malu di hadapan kalian yang penulis rasakan lebih layak di anugerahkan 
kekuatan untuk mengur.

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفۡعَلُونَ (٢) ڪَبُرَ مَقۡتًا عِندَ ٱللَّهِ أَن تَقُولُواْ مَا لَا تَفۡعَلُون 
(2)O you who have believed, why do you say what you do not do?(3)Great is hatred in the sight of Allah that you say what you do not do.

Namun akhir-akhir ini,penulis merasakan apabila tidak menitahkan kata,iman penulis pula makin terperosok  bahana tidak ada 'cermin' yang membatasi penulis.Jadi, menulis bukanlah untuk ditatap kalian sahaja,bahkan sebagai muhasabah kepada diri penulis sendiri. Insyaallah 
akan ada hikmah di sebalik apa yang telah berlaku. Semoga cuti yang berbaki dua bulan 

dapat penulis penuhkan lagi ruang ini dengan apa-apa yang bermanafaat kepada sahabat-

sahabat  dan diri penulis sendiri terutamanya selepas ini.Amin
(sekadar gambar hiasan)
Buat sahabat penulis.Muhammad Asyraf Abdul Halim(abe), di kejauhan ini penulis mengucapakan SELAMAT PENGANTIN BARU! Moga ALLAH memberkati hidup kalian berdua hingga ke anak cucu. Layarilah bahtera hidup bersama dengan penuh rasa tolak ansur dan limpahan kasih-sayang yang tidak berbelah bahagi(cewah!) ^_^ 

ps-kini penulis sedang membaca novel "FOR ONE MORE DAY" karya Mitch Albom. Karya ini penulis rasakan sangat menyentuh perasaan dan memberi semangat kepada pembacanya.Apabila penulis tamat membacanya kelak,akan penulis sentuh sedikit tentang karya ini pada masa hadapan.
Author: محمد فتحي
•7:25 PM
Bertemu cinta teragung
Di dalam sujudku asyik menyanjung
Umpama pengembara di malam gelita
Kandil cintaNya menerangi jiwa


Sekian lama terbiar
Dalam belantara hidup nan liar
Di bukit ku tersepit di lembah terhina
Hidup yang perit mengajarku mencari cinta


Oh! Kusangka teguh
Kiranya masih rapuh
Kusangka mudah namun amat payah
Kusedar semua pasti ada akhirnya
Moga akhirku diselimut cinta

Cinta agung-Nya...


Sekian lama diri terbiar kehidupan terabai
Ooh! Akhirnya aku temui kedamaian abadi

Cinta agung-Nya..



Sekian lama diri terbiar kehidupan terabai
Ooh! Akhirnya aku temui kedamaian abadi

Author: محمد فتحي
•10:58 AM
"Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri"




"Walau disepuh emas lancung, kilat tembaga tampak juga"


"Masa itu emas"



"Pisang emas dibawa belayar masak sebiji di atas peti hutang emas boleh dibayar hutang budi dibawa mati"

"Anak emas"...



Peribahasa di atas adalah sebahagian daripada puluhan peribahasa yang menggunakan perkataan emas dalam ayat masing-masing.Tidakkah kita berasa pelik?Daripada dulu lagi, orang sudah sibuk mengatakan emas sangat berharga, namun hari ini kita masih bangga dengan tebalnya wang kertas masing-masing .Jadi kali ini penulis ingin berkongsi sedikit perihal sang emas ini...





Sejarah mencatatkan bahawa antara mata wang yang paling awal muncul di dunia ini adalah wang emas yang digunakan pada empayar Rom lagi, berkurun lama sebelum kedatangan Islam di tanah Arab. Wang emas terus digunakan oleh dunia Islam dan bahagian-bahagian dunia yang lain setelah keadatangan Nabi Muhammad s.a.w. Kearajaan Melayu Melaka pada kurun ke-14 Masehi juga menggunakan wang emas.





Namun, kerana kelicikan sang-sang kafir lahanat,pihak-pihak barat telah merancang satu strategik untuk menjatuhkan ummat Islam dengan penguasaan ekonomi sepenuhnya ke atas negara-negara lain.Menurut 

 G Edward Griffin dalam buku The Creature From Jekyll Island berkata bahawa titik bermulanya penipuan wang kertas adalah pada 1910. Mesyuarat misteri di pulau Jekyll pada tahun itu membawa kepada penubuhan the Federal Reserve Department (FRD) pada tahun 1913 yang keahliannya bukan di kalangan rakyat atau institusi kerajaan Amerika Syarikat . Sebaliknya dianggotai oleh syarikat milik persendirian asing. Penggunaan perkataan ‘federal’ (persekutuan) ke atas sesuatu yang berbentuk persendirian adalah pembohongan yang nyata. 

Kongres Amerika Syarikat pula terpaksa meluluskannya secara curi-curi.Jabatan ini kemudiannya mentadbir segala urusan kewangan Negara Amerika Syarikat., antaranya mencetak wang kertas Dolar Amerika dan memperkenalkan Fractional Reserve Bangking (FRB) atau Fractional Reserve Requirement (FRR) yang menjadi asas perjalanan sesebuah bank. Sehingga hari ini, FRB digunakakn oleh industri perbankan di seluruh dunia termasuk Malaysia untuk mencipta wang sesuka hati dalam jumlah yang berlipat kali ganda melebihi kekayaan sebenar.


Rancangan pihak-pihak barat tidak berjalan lancar,disebabkan pertukaran mata wang ini,berlaku segala kekalutan termasuklah perang dunia pertama(negara-negara besar tamak ingin membesarkan wilayah untuk menjamin kekayaan dalam negeri sentias bertambah)  dan krisis ekonomi dunia besar-besaran pada 1929.Pada 1944, muncul pula perjanjian Bretton Woods yang melibatkan 44 buah Negara dunia yang bersetuju untuk menyandarkan mata wang kertas masing-masing kepada Dolar Amerika dengan jaminan bahawa USD35 bersamaan dengan satu auns emas.


Namun panas yang disangka sampai ke petang tidak berlaku,sebaliknya hujan tiba-tiba di tengah hari.Pada tahun 1971,Amerika Syarikat hampir bankrap gara-gara Perang Vietnam dan masalah deficit imbangan pembayaran yang berterusan.


sekadar gambar hiasan


 Tuntutan rasmi terhadap rizab emas Amerika Syarikat melambung kepada USD32 bilion sedangkan rizab emas yang ada hanya satu pertiga. Keyakinan terhadap Dolar Amerika punah. Berduyun-duyun bank pusat negara lain memeras ugut Amerika Syarikat dengan cara menebus pegangan Dolar Amerika masing-masing. Emas mengalir keluar dari Amerika Syarikat lalu dengan sendirinya meruntuhkan nilai Dolar Amerika.




Sekali lagi Amerika syarikat bertindak licik! Mereka bertindak dengan memutuskan ikatan antara Dolar Amerika dan emas. Ini bermakna Amerika Syarikat memungkiri perjanjian Bretton Woods dan bertindak  untuk menguburkan system piawaian emas.


Selepas 15 ogos 1971, dolar tidak lagi bersandarkan kepada emas. Sejak itu, nilai dolar ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran pasaran tukaran wang asing. Kesannya, semua matawang dunia berubah menjadi matawang fiat iaitu matawang yang bernilai sifar. Ini bermakna setiap Negara bebas mencetak wang kertas tanpa perlu bersandarkan kepada apa-apa rizab. 

Ya! Yang batil tetap batil,macam mana sorok pun ALLAH tetap akan tunjukkan kebatilannya. Krisis kewangan seperti us dollars dan euro serta apa yg berlaku di greek dan begitu juga apa yang telah di umumkan oleh Idris Jala  di akhbar(28/5/2010), semoga ianya boleh dijadikan iktibar oleh kita semua. Mata wang US dollar masih berada di paras terendah. 
Keruntuhan 'Wall street' pada tahun lepas masih menjadi mimpi ngeri bagi seluruh rakyat Amerika Syarikat. Dan akhirnya mangsanya adalah si Obama yang memerintah, Dia dikatakan gagal sebagai presiden USA kerana tidak dapat membangunkan semula ekonomi USA yang merundum teruk akibat tangan-tangan si yahudi keparat.

الَّذِينَ آمَنُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ كَفَرُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ الطَّاغُوتِ

فَقَاتِلُوا أَوْلِيَاءَ الشَّيْطَانِ إِنَّ كَيْدَ الشَّيْطَانِ كَانَ ضَعِيفً

Maksudnya : “Orang-orang yang beriman dan berperang di jalan Allah dan orang-orang yang kafir berjalan di jalan thaghut, sebab itu perangi lah kawan-kawan syaitan itu kerana tipu daya syaitan itu adalah lemah.”

[surah an-Nisa’, ayat 76]

Sebenarya penulis tidak berniat untuk menulis panjang.Tujuan artikel ini ditulis kali ini adalah demi memberi kesedaran tentang betapa bernilainya emas sebagai harta simpanan.Percayalah! dengan wang simpanan RM1 juta pada hari ini pun kita tidak dapat membuat apa-apa di masa hadapan,namun dengan emas yang bernilai RM1 juta hari ini, kita akan menjadi kepala-kepala jutawan dalam masa 10-20 tahun akan datang.Rasionalnya?
Wang simpanan berubah mengikut keadaan pasaran negara masing-masing dan masih menjadikan mata wang US dollar sebagai penanda aras. Namun si emas,tidak! Ia 'berdiri' dengan nilainya sendiri,ia tidak memerlukan barangan lain untuk kayu ukur.Turunnya sedikit naiknya banyak.Lihat graf (bagi tahun2010) di bawah untuk makluman lebih lanjut.


Justeru, saya memohon agar kita sebagai generasi muda beriltizam untuk menjadikan pemilikan emas sebagai harta adalah melebihi daripada kita memliki harta dalam bentuk wang simpanan(fiat) .Ada pelbagai bentuk kita boleh memiliki emas sebagai harta.Pelaburan emas di bank-bank seperti yang terdapat di maybank adalah salah satu cara.Selain membeli emas sebagai barang kemas,cara lainnya adalah dengan membeli jonkong emas ataupun membeli syiling emas yang kini telah meluas penjualannya di pasaran setiap negeri.
                   
                                                              
   
   
Syiling Kijang emas

Harga untuk setiap satu  emas tidaklah semahal mana,dalam seribu hingga 2ribu untuk setiap satu syiling/jongkong(hanya beberapa gram).Berubahlah dari sekarang! Sedarlah, dengan berbangga akan kekayaan dalam bentuk puluhan ribuan malahan jutaan simpanan wan fiat, kita telah bulat-bulat di tipu si kafir yang tidak jemu-jemu merancang untuk menjatuhkan ummat Islam.Mereka mengawal nilai mata wang tanpa menggunakan dasar yang tetap dan pasti tokok tambah riba' tidak dapat dipisahkan dalam amalan muamalat mereka, lantas tanpa kita sedari, secara langsung kita telah memberi sokongan yang amat padu dengan amalan muamalat yang sangat di tegah oleh agama kita.Untuk makluman lebih lanjut tentang mata wang fiat ini, para pembaca boleh terus click di sini berkenaan tulisan ustz Zaharuin tentang perkara ini.Duit Fiat/Kertas Moden… Majalah Solusi





Sumber : http://publicgolddinar.blogspot.com/2010/10/jadikan-emas-sebagai-aset-simpanan-anda.html

ps-tajuk entry xde kena mengena dengan artikel kali ini,sekadar perisa yang dibuat-buat penulis..
^_^
Author: محمد فتحي
•6:07 PM
******************
Seusai makanan di hidangkan si ibu di meja makan.Si ayah menyuruh anaknya membaca doa makan.Anaknya yang baru 3 bulan masuk taski islam berdekatan rumahya tanpa membuang masa membacakan doa itu.
sekadar gambar hiasan


Ayah: haa! adik dah besar.ayah nak dengar adik baca doa makan boleh?


Anak: "ALLAHUMMMA BARIKLANA FIMA ROZAKTANA WAKINA AZABANNAR"... 




Begitulah hampir setiap hari, apabila tiba masa makan, si Ayah akan menyuruh anaknya membacakan doa makan.Namun langit tidak sentiasa cerah.Pada satu hari ketika si Ayah menyuruh anaknya seprti biasa membacakan doa makan...


Ayah: haa!  bacalah  la doa makan,tunggu apa lagi?


Anak: Alaaaa! asyik-asyik orang jek, Ayah la pulak...


Nah! merah padam muka si ayah.Sebelum dia menjadikan rutin si anak untuk membaca doa makan, hanya lafaz basmallah yang digunakan sebelum makan.Masih tergiang-ngiang lagi nasihat ibunya,"kamu kalau susah sangat nak hafal doa makan,baca 'bismillah' udah ler"..Sampai ke tua, itulah 'doa' yang biasa si ayah gunakan.
Ya! atas kekurangan dirinya itulah dia berazam untuk menghantar anaknya ke sekolah-sekolah yang menitik beratkan pendidikan islam sedari kecil.


Saat si anak masih menunggu 'idolanya' untuk membacakan doa makan.Peluh jantan sudah lama menitis di dahi si ayah.Lantas, tekad si ayah membacakan satu-satunya doa yang si ayah hafal sejak 'kursus' itu...


Ayah: Allaahumma jannibnaash syaithaa-na wa jannibish syaithaa-na maa razaqtanaa"...


Si anak kehairanan.Semasa di sekolah tidak pernah gurunya mengajar doa ini,namun perkataan 'razaqtanaa' yang ada disebut dalam doa yang si ayah bacakan sama dengan doa yang dia biasa bacakan.Lantas,dengan tanpa rasa bersalah, si anak bertanya..

Anak: Ayah! ni doa baru ke?cikgu orang tak pernah pon ajar..
"Nah! sekali lagi aku diuji"(bisik hati si ayah).Mujurlah isteri tercinta datang, dengan muka selamba si ibu berkata..

Ibu: Tu lah adik! Ibu cakap pergi sekolah belajar rajin-rajin.Sebenarnya, doa makan ada dua.Satu yang adik bacakan selalu tu. Satu lagi yang ayah bacakan bila 'makan' dengan ibu.. 

Anak : ooowwwhh~...





******************
ps-ini cerita yang penulis dengar dari kuliah subuh tadi, biasanya penulis datang kuliah subuh hanya untuk tumpang tidur kt surau yang ada air-cond 2,arini 1st time tergelak-gelak dengar kuliah subuh,hehe..pesanan penulis kepada para pembaca, MARLAH SAMA-SAMA KITA TAMBAHKAN ILMU DI DADA,MOGA KELAK TIDAK MALU DALAM KALANGAN KELUARGA..
^_^

Author: محمد فتحي
•8:41 PM
Ahmad dan Ali adalah dua orang sahabat baik dan mereka tinggal berjiran. Kedua-duanya hidup dalam kemiskinan dan kesempitan. Setelah seharian berusaha, masing-masing akan berdoa. Begitulah kelaziman mereka berdua. Mereka akan singgah di masjid setiap kali habis bekerja untuk solat dan berdoa.


"Apakah doamu pada hari ini?" tany Ahmad kepada sahabatnya, Ali.

"Aku berdoa agar esok hari aku dimurahkan rezeki. Bulan ini perbelanjaanku lebih daripada biasa," jawab Ali.

"Doamu?" Ali pula bertanya kepada Ahmad. Ahmad hany tersenyum tanpa berkata apa.



Keesokan harinya, Ali memberitahu Ahmad berita gembira. 
"Alhamdulillah, doaku semalam telah dimakbulkan Allah.
 Majikanku beri bonus pada hari ini."tambah Ali

"Alhamdulillah, hari ini kau akan berdoa apa pula?" tanya Ahmad
.
"Aku berdoa moga isteriku selamat bersalin." jawab Ali.

Mereka berdua pun masuk ke dalam masjid lalu mengerjakan solat serta berdoa.



Sejurus usai berdoa, Ali bertany, "Kau pula berdoa untuk apa hari ini?".
Ahmad tersenyum, masih tidak menjawab.

Beberapa hari kemudian, Ali memberitahu berita gembira.
 "Syukur isteriku selamat bersalin malam tadi. Nampaknya doaku makbul, Mad."
"Alhamdulillah... Tahniah, Ali."

"Aku berdoa juga agar anakku selamat," kata Ahmad dengan wajah muram.

"Kenapa dengan anakmu?"

"Anakku yang bongsu sakit, Ali. Keadaannya amat membimbangkan."

"InsyaALLAH, kau doalah kuat-kuat sikit. Minta anakmu selamat," kata Ali.



Beberapa hari kemudian, mereka berbual seusai solat seperti kebiasaannya.
"Bagaimana dengan anakmu?" tany Ali.

"Macam itu juga. Sudah beberapa hari tapi keadaannya cuma bertambah baik sedikit sahaja."

"Doa banyak lagi Ahmad. Aku tidak sangka doaku sangat makbul. Hampir setiap yang aku doakan mustajab. Tapi kau......"

"Kenapa dengan aku?"

"Mad, aku lihat Ahmad doamu tidak mustajab." Ahmad tersenyum...
Melihat Ahmad tersenyum, Ali semakin hairan lalu bertanya lagi, "Aku hairan, doamu tidak mustajab."

"Sebenarnya doaku telah banyak dimakbulkan Allah. Syukur Alhamdulillah."

"Doa yang mana? Sebab aku lihat tiada tidak ada apa-apa perubahan pada kau."

"Doaku sejak dulu hanya untukmu sahabatku. Setiap hari aku berdoa agar Allah makbulkan setiap apa yang kau doakan padaNYA.




Cerita dipetik daripada Majalah Solusi Isu 22...


Apabila penulis baca artikel ini,sedikit sebanyak penulis teringat akan sebuah  
filem dari negara seberang, "LASKAR PELANGI".Ya! Ceritanya tidaklah sehebat filem-filem yang pernah mendapat 'box office' apabila ditayangkan di Malaysia,namun penangannya masih 'menjadi' bagi penggemar-penggemar filem yang dahagakan kelainan dari filem-filem yang sentiasa berada di arus yang sama setiap kali ditayangkan.Cerita cinta 'sang puteri' dan 'putera' yang kacak bergaya. Hidup sentiasa dalam kemewahan,plotnya hanya bermain-main tentang pergolakan cinta yang tidak kemana,dan akhirnya menjadi fanomena untuk sekalian rakyat untuk hidup ber'tuhan'kan CINTA.(nah! bagai  pakar bidang sosio penulis berceloteh mengkritik,huhu).Balik semula kepada LASKAR PELANGI, penulis tertarik dengan quote yang sering diulang-ulang dalam filem ini...


******************************************************
"Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya"...

******************************************************


Penulis tidak berminat untuk mengulas lebih lanjut tentang filem ini,tapi bagi sesiap yang tidak menonton filem ini,penulis memberikan 4 bintang setengah untuk filem ini(dengan jujurnya,^_^).Rasanya sudah letih penulis menaip di blog kali ini,rasanya cukup setakat ini sahaja nukilan kali ini.Sebelum tangan berhenti menaip.,rasanya tidak cukup jika penulis tidak tinggalkan sedkit 'kata hikmah' untuk peringatan bersama.

Nasihat Luqman kepada anaknya:..

"Hai anakku,bila engaku berteman ,tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya,Namun biarlah dia mengharapkan sesuatu darimu" 


ps-marilah kita bersama-sama mendoakan sahabat-sahabat kita agar kita sentiasa berada di dalam BANTUANNYA,Berdoa bersama-sama agar kita dan sahabat-sahabat tidak ditempatkan dalam neraka dunia,yakni disisihkan dari rahmatnya untuk mendapat hidayah...
.