Author: محمد فتحي
•8:41 PM
Ahmad dan Ali adalah dua orang sahabat baik dan mereka tinggal berjiran. Kedua-duanya hidup dalam kemiskinan dan kesempitan. Setelah seharian berusaha, masing-masing akan berdoa. Begitulah kelaziman mereka berdua. Mereka akan singgah di masjid setiap kali habis bekerja untuk solat dan berdoa.


"Apakah doamu pada hari ini?" tany Ahmad kepada sahabatnya, Ali.

"Aku berdoa agar esok hari aku dimurahkan rezeki. Bulan ini perbelanjaanku lebih daripada biasa," jawab Ali.

"Doamu?" Ali pula bertanya kepada Ahmad. Ahmad hany tersenyum tanpa berkata apa.



Keesokan harinya, Ali memberitahu Ahmad berita gembira. 
"Alhamdulillah, doaku semalam telah dimakbulkan Allah.
 Majikanku beri bonus pada hari ini."tambah Ali

"Alhamdulillah, hari ini kau akan berdoa apa pula?" tanya Ahmad
.
"Aku berdoa moga isteriku selamat bersalin." jawab Ali.

Mereka berdua pun masuk ke dalam masjid lalu mengerjakan solat serta berdoa.



Sejurus usai berdoa, Ali bertany, "Kau pula berdoa untuk apa hari ini?".
Ahmad tersenyum, masih tidak menjawab.

Beberapa hari kemudian, Ali memberitahu berita gembira.
 "Syukur isteriku selamat bersalin malam tadi. Nampaknya doaku makbul, Mad."
"Alhamdulillah... Tahniah, Ali."

"Aku berdoa juga agar anakku selamat," kata Ahmad dengan wajah muram.

"Kenapa dengan anakmu?"

"Anakku yang bongsu sakit, Ali. Keadaannya amat membimbangkan."

"InsyaALLAH, kau doalah kuat-kuat sikit. Minta anakmu selamat," kata Ali.



Beberapa hari kemudian, mereka berbual seusai solat seperti kebiasaannya.
"Bagaimana dengan anakmu?" tany Ali.

"Macam itu juga. Sudah beberapa hari tapi keadaannya cuma bertambah baik sedikit sahaja."

"Doa banyak lagi Ahmad. Aku tidak sangka doaku sangat makbul. Hampir setiap yang aku doakan mustajab. Tapi kau......"

"Kenapa dengan aku?"

"Mad, aku lihat Ahmad doamu tidak mustajab." Ahmad tersenyum...
Melihat Ahmad tersenyum, Ali semakin hairan lalu bertanya lagi, "Aku hairan, doamu tidak mustajab."

"Sebenarnya doaku telah banyak dimakbulkan Allah. Syukur Alhamdulillah."

"Doa yang mana? Sebab aku lihat tiada tidak ada apa-apa perubahan pada kau."

"Doaku sejak dulu hanya untukmu sahabatku. Setiap hari aku berdoa agar Allah makbulkan setiap apa yang kau doakan padaNYA.




Cerita dipetik daripada Majalah Solusi Isu 22...


Apabila penulis baca artikel ini,sedikit sebanyak penulis teringat akan sebuah  
filem dari negara seberang, "LASKAR PELANGI".Ya! Ceritanya tidaklah sehebat filem-filem yang pernah mendapat 'box office' apabila ditayangkan di Malaysia,namun penangannya masih 'menjadi' bagi penggemar-penggemar filem yang dahagakan kelainan dari filem-filem yang sentiasa berada di arus yang sama setiap kali ditayangkan.Cerita cinta 'sang puteri' dan 'putera' yang kacak bergaya. Hidup sentiasa dalam kemewahan,plotnya hanya bermain-main tentang pergolakan cinta yang tidak kemana,dan akhirnya menjadi fanomena untuk sekalian rakyat untuk hidup ber'tuhan'kan CINTA.(nah! bagai  pakar bidang sosio penulis berceloteh mengkritik,huhu).Balik semula kepada LASKAR PELANGI, penulis tertarik dengan quote yang sering diulang-ulang dalam filem ini...


******************************************************
"Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya"...

******************************************************


Penulis tidak berminat untuk mengulas lebih lanjut tentang filem ini,tapi bagi sesiap yang tidak menonton filem ini,penulis memberikan 4 bintang setengah untuk filem ini(dengan jujurnya,^_^).Rasanya sudah letih penulis menaip di blog kali ini,rasanya cukup setakat ini sahaja nukilan kali ini.Sebelum tangan berhenti menaip.,rasanya tidak cukup jika penulis tidak tinggalkan sedkit 'kata hikmah' untuk peringatan bersama.

Nasihat Luqman kepada anaknya:..

"Hai anakku,bila engaku berteman ,tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya,Namun biarlah dia mengharapkan sesuatu darimu" 


ps-marilah kita bersama-sama mendoakan sahabat-sahabat kita agar kita sentiasa berada di dalam BANTUANNYA,Berdoa bersama-sama agar kita dan sahabat-sahabat tidak ditempatkan dalam neraka dunia,yakni disisihkan dari rahmatnya untuk mendapat hidayah...
.
Author: محمد فتحي
•9:16 AM
Ibu: kamu rajin-rajin la pergi ke masjid bila dah balik kampus nanti, jangan la ikut perangai budak-budak sekarang,deme mane ade kisah benda-benda ni..


Zaid : Mak mesti tak pecaya kat orang kan, bukannya orang tak pergi,kadang-kadang orang pergi la jugak,kalau tak solat jemaah kat masjid,orang buat jugak solat jemaah kt rumah tu(zaid tinggal di rumah sewa berdekatan dengan kampusnya)..


Ibu: Mak tahu anak mak ni mesti akan berusaha untuk solat jemaah , tapi yang mak maksudkan bukannya solat jemaah tu sahaja,mak nak anak mak ikut majlis-majlis ilmu kat masjid tu..


Zaid:Maaaakk, orang dekat kampus tu, orang pergi jek talk-talk yang berkaitan nak tingkatkan kemahiran diri,tapi tak de la agama sangat kan..


Si ibu diam.....~
Ibu: Mak harap,kamu guna la masa muda kamu baik-baik, karang da tua menyesal,.baru la sibuk nak cari ustaz sana sini nak ngajor kamu agama..


Zaid: hurm..baiklah mak...


Ini antara perbualan biasa yang berlaku dalam keluarga yang mana, si ibu risau melihat perkembang sang anak membesar dalam zaman yang penuh mencabar pada pemikiran si Ibu. Penulis merasakan..yalah~Ibu mana yang tak sayangkan anaknya kan?Tak kan dia sanggup nak masuk syurga sorang-sorang dan macho2 jek tengok anak kena seksa kat neraka

sekadar gambar hiasan


Ya memang benar! apa yang dirisaukan si Ibu memang berasas. Memang tidak dapat dinafikan, untuk melihat sang-sang pemuda untuk berduyun-duyun pergi ke masjid/surau adalah agak sukar
( pengecualian pada bulan ramadhan ketika masjid membuat iftar makan sedap-sedap)..


Penulis sendiri tertanya-tanya apa punca situasi ini terjadi, lihat sahaja senario dalam masyarakat Islam hari ini,sangat-sangat  tidak ramai pemuda yang menghabiskan masa mudanya beribadat kepada Tuhan Yang Maha Mencipta, apa lagi melangkahkan kaki ke rumah Allah. 


Menghabiskan masa berhibur di pusat-pusat hiburan, menghisap syisya atau berfoya-foya bersama teman-teman, adalah antara perkara-perkara wajib yang biasa dilakukan oleh sang-sang pemuda ketika mereka berasa kekosongan.  "Muda hanya sekali..."  ataupun "Hidup hanya sekali.." . Ayat untuk menghalalkan tindakan mereka,hahahah..penulis tergelak sendirian,lupakah mereka? Penghuni-penghuni di Syurga kelak semuanya muda-muda.Jadi betul kah muda hanya sekali? Adakah mereka juga lupa adanya kehidupan-kehidupan selepas habisnya satu-satu fasa kehidupan. Tidakkah selepas di kebumikan manusia akan DIHIDUPKAN sekali lagi?Jadi hidup hanya sekali sahaja??

Gelombang globalisasi, kerancakan teknologi maklumat, pola komunikasi yang semakin mudah antara punca-punca yang penulis rasakan terjadinya situasi dimana sang-sang pemuda merasakan hanya orang-orang da nak mati sahaja perlu pergi ke masji-masjid atau surau-surau ini.

Realiti yang berlaku hari ini juga antara faktor terjadinya situasi-situasi sang pemuda "bagaikan rusa masuk kampung" apabila menjejakkan kaki ke rumah-rumah Tuhan ini, sebahagian generasi muda berhadapan dengan dilema untuk diterima sebagai ahli yang memakmurkan masjid kerana wujudnya persepsi dan penerimaan generasi lama terhadap mereka seolah-olah terdapat jurang yang membatasi antara dua kumpulan tersebut...

Sampai di sini sahaja penulis nukilkan kali ini,sebelum lappy di off kan suisnya,ingin penulis kongsikan sedikit kata-kata TUHAN yang di sampaikan melalui kekasihnya agar boleh la kiranya menjadi ingatan pada pembaca apatah lagi pada penulis..


RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: "Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: "Aku takut kepada Allah!", orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah. (riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah) 



ps-syukur alhamdulillah,penulis baru memahami apa yang dimaksudkan oleh hadis yang menyebutkan tentang ingat lima perkara sebelum lima perkara. ., "masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk"..moga-moga ALLAh permudahkan segala urusan dan tidak dipalingkan hati ini selepas di beri hidayah..
Author: محمد فتحي
•2:16 AM
" Cinta adalah ketika kamu menitikkan air mata, tetapi masih peduli terhadapnya,

Cinta adalah ketika dia tidak mempedulikanmu, kamu masih menunggunya dengan setia,
Cinta adalah ketika dia mulai mencintai orang lain dan kamu masih bisa tersenyum,
sambil berkata, Aku turut berbahagia untukmu "

"I always love you, so go easy on yourself"

"Lots of people 
want to ride with you in the limo, but what you want is someone who will
take the bus with you when the limo breaks down" 

"You come to love not by finding the perfect person, but by seeing an imperfect person perfectly"




Di satu petang, saat si ibu sedang bergegas untuk pulang menyiapkan hidangan makan malam untuk si suami.
Akibat kecelaruannya dia terlanggar orang yang jalan bertentangan dengannya, saat si ibu hendak pergi ke kereta.
Si ibu: “Oh, maafkan saya” .
pantas reaksi si ibu meminta maaf kepada orang yang tidak dikenalinya.


lantas sang pemuda berkata:  “Maafkan saya juga; Saya tidak melihat Anda.”


Orang itu tidak dikenalinya,namun si ibu berlaku sangat sopan.
Akhirnya mereka  berpisah dan mengucapkan selamat tinggal.
Pada hari itu juga, saat si ibu  sedang
memasak makan malam, anak lelakinya yang masih kecil berdiri berhampiran si ibu.
Si ibu tidak perasaan akan kehadiran si anak yang berdiri di belakangya.
Ketika si ibu menoleh, hampir saja si ibu membuat anaknya jatuh. 

“PERGI!!,” kata si ibu dengan marah
Si anak pergi, hati kecilnya hancur. Si ibu tidak menyedari betapa kasarnya kata-katanya  kepada anak itu

.Ketika si ibu berbaring di tempat tidur, seolah dengan halus Tuhan berbicara kepadanya,


“Sewaktu kau berurusan dengan orang yang tidak kau kenal, sangat sopan kau ye,

 tetapi anak-anak yang engkau kasihi, macam kau tak ambil peduli pun kan. 
Cuba pergi ke dapur, engkau akan jumpa
beberapa kuntum bunga dekat pintu.”



“Bunga-bunga tersebut telah dipetik sendiri oleh anakmu; merah muda, kuning

dan biru. Anakmu berdiri tanpa suara supaya tidak menggagalkan kejutan yang

akan dia buat untukmu, dan kau bahkan tidak melihat matanya yang basah ketika itu.”

Seketika si ibu merasa malu, dan pantas juga air matan si ibu laju menitis di pipinya.


Si ibu perlahan-lahan pergi ke blik anaknya dan berlutut di sebelah  tempat tidurnya,

SI ibu:“Bangun, nak, bangun,."Apakah bunga-bunga ini engkau petik untukku?”

si anak  tersenyum,

Si anak: ” orang jumpa bunga ni jatuh dari pokok, terus la orang  ambil bunga-bunga sebab bunga ni cantik macam mak!"Orang  tahu mak mesti akan sukakannya, terutama yang warna biru tu”.


Si ibu: “Anakku, Mak sangat menyesal kerana telah kasar padamu; Mak  tidak sepatutnya menengkingmu seperti tadi. “
Si anak berkata, “Eh! MAK, takde pape, sebab macam mana mak marah pon orang tetap sayang kat mak.”


SI ibu pun membalas, “Anakku, mak juga sangat sayangkanmu, dan mak betul-betul suka kat  bunga-bunga ini, apalagi yang biru.”



Di awalnya penulis bermula dengan 'kata-kata hikmah sang pencinta'.Di saat bercinta, baik sang jejaka 
mahupun anak dara akan bercakap soal kesetiaan cinta masing-masing.Tidak berhenti-henti berjanji itu ini.
Selepas berkahwin lain pula jadinya.Anak lahir seorang demi seorang,mulalah kasih sayang mulai pudar.
Sama juga dengan kasih sayang ibu bapa terhadap anaknya,sebelum si anak selamat lahir ke dunia, 
masing-masing berjanji untuk membesarkan anak dengan penuh kasih sayang
Lihat sahaja cerita ini,si ibu lebih baik kepada orang lain,namun lain pula ceritanya 
yang terjadi di rumah.
Bagaimana kita memperlakukan orang-orang yang kita kasihi? 
Tua dan muda, sama adilkah kita melayan mereka?


Tidakah kita sedar?
Jika kita mati besok,tempat di mana kita bekerja sekarang akan dengan mudah sahaja mencari pengganti kita selang beberapa hari kemudian?


Tidakkah kita sedar? 
Jika kita mati besok, kawan-kawan sekuliah kita hanya akan merasa 'kesunyian' dalam beberapa minggu,paling lama pun bulanan.
Tetapi keluarga yang kita tinggalkan akan merasakan

kehilangan selama sisa hidup mereka.



Mari kita renungkan, kita melibatkan diri lebih dalam kepada pekerjaan/pelajaran kita abaiakan keluarga kita sendiri, suatu pelaburan yang tentunya kurang bijaksana, bukan?

Jadi apakah anda telah memahami apa tujuan cerita di atas?

Apakah anda tahu apa erti kata KELUARGA?
Dalam bahasa Inggeris, KELUARGA = FAMILY

.

FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER, (I), (L)OVE, (Y)OU



Jadi saya memohon, kepada sahabat-sahabat yang sudah berkahwin, 
sabarlah dalam meniti perjalan kehidupan sebagai suami, isteri, ibu dan bapa.
Yang sedang berkira-kira ingin berkahwin dalam masa terdekat, 
tolonglah masing-masing memahami antara satu sama lain,
janganlah sebelum berkahwin bercinta bagaikan dunia hanya ada mereka berdua,
namun selepas berkahwin hanya suam-suam kuku sahaja. 

Berazamlah! ini adalah perkahwinan yang pertama,jua yang terakhir! 
Ingatlah cinta rasullah  s.a.w kepada khadijah(perkahwinan pertama) adalah sangat agung,
kerana perkahwinannya dengan khadijah tidak pernah baginda memadukannya. 
Berlaku adillah kepada sang wanita,jika anda ceraikannya terlalu banyak fitnah yang akan dihadapinya.Antara maksud hadith yang menyelar keburukan talak...

”Janganlah menjatuhkan talak, kerana sesungguhnya singgasana Tuhan akan tergetar olehnya”. 
”Perkara halal yang paling dibenci Allah adalah talak”




FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER, (I), (L)OVE, (Y)OU
^_^



Author: محمد فتحي
•8:10 AM
Sejarah Mesir merupakan sejarah berterusan paling panjang, sebagai sebuah negeri bersatu, antara negara-negara di dunia. Lembah Nil sudah menjadi kawasan petempatan kekal manusia sejak Zaman Paleolitik. Penduduk awal bercucuk tanam, memburu, serta memancing untuk menyara hidup. Menjelang 6000 S.M., kehidupan penduduk menjadi lebih berorganisasi.

 Namun kemajuan mereka tidak bergerak sejajar degan kemajuan dunia.Pelik! dunia semakin maju mereka menjadi sebaliknya,kita tecari-cari apa puncanya mereka menjadi terkebelakang berbanding negara kita. Teringat penulis pada cerita adik penulis,dia cukup marah apabila mereka(segelintir rakyat mesir) memanggil dia 'buya' bermaksud orang asli. Rakyat mesir mengangap kita orang asia masih hidup di dalam hutan, sedangkan mereka tidah tahu yang negara mereka dah terkebelakang 30 tahun berbanding negara kita.
kadar buta huruf rakyat mesir tinggi(70%),anak-anak tidak ramai yang mendapat pendidikan sewajarnya,mereka lebih selesa berada di jalanan untuk mencari rezeki.
sampah merata-rata adalah situasi biasa di mesir

Dan tiba-tiba lewat januari 2011, negara ini 'meletup'.Rusuhan besar-besaran oleh rakyat berlaku di bandar-bandar besar.Habis pejabat-pejabar kerajaan dibakar.Polis-polis diburu rakyat bagaikan semut kerumun gula.(jika mereka dapat menangkap polis akan 'dititik' polis tersebut sampai hilang nyawa).Masjid-masjid terpaksa ditutup.Bank dan pasar raya di rompak sesuka hati( kata orang mesir yang lakukan rompakan ni sebenarnya datang dari polis juga). Apa yang terjadi sebenarnya?Apa punca berlaku rusuhan sebegini?









Sebenarnya rusuhan sebegini bukanlah kali pertama berlaku di mesir, pada tahun 1952 pernah juga terjadi sebegini, malahan lagi teruk. Tahun berbeza tapi puncanya lebih kurang sama. Rusuhan yang terjadi sebelum ini dikatakan berpunca daripada sikap pemerintah yang mengamalkan rasuah ,pro-British dan gaya hidup mewah bertentangan dengan pergerakan pegawai pembebasan hidup dalam kemiskinan.Mereka dilihat hanyalah boneka kepada penjajah Britain. Beberapa institusi Mesir seperti polis, istana dan malah parti politik dilihat rasuah.Kehilangan 78 % tanah Palestin dalam Perang Arab-Israel 1948 menyebabkan rasa tertekan di kalangan pegawai tentera dan rakyat Mesir.


Ya! memang sama puncanya. Husni dengan rasuahnya! Isreal makin menjadi-jadi sesuka hati 'memijak kepala' penduduk dunia. Malahan bantuan untuk dihantar ke Palestin juda disekat oleh Mesir(pemerintah).Kadar inflasi yang tinggi dalam kalangan penduduk juga memaksa rakyat yang hidup dalam 'mimpi indah' turut terjaga.Pembaca boleh melihat gambar-gambar 'pondok buruk' si husni murtabak dan bandingkan dengan kedaan dua gambar pertama di atas.







Memang tidak dapat dinafikan tanggungjwab pempimpin memang sangat besar, lagi-lagi pemimpin sesebuah negara. Mereka perlu di bayar dengan kadar secukupnya agar rasuah dan karenah birokrasi tidak menjadi-jadi Tapi melihat pada gambar-gambar di atas memang cukup melampau! Malahan sangat zalim pada rakyatnya.Rakyat terkial-kial mengemis di bawah-bawah jambatan, si pemerintah sibuk berkira-kira bagaiamana hendak menipu rakyat dan menambah kekayaan.Sedih! bukan di Mesir sahaja terjadi sebegini. Lihat di negara-negara arab yang lain, si pemerintah sibuk membeli kelab-kelab bola sepak di eropah,malangya rakyat di negara sendiri di sepak-sepak menjadi pengemis di jalanan.



Di Malaysia pula bagaimana??Para pemimpin kita betulkah tidak melakukan kezaliman? Betulkah negara kita betul-betul bebas dari kemiskinan dan bebas daripada kebiadapan si pemimpin mengaut harta si pencuci longkang dan si pengutip sampah?Benarkah kita betul-betul bebas dengan kadar inflasi yang tinggi jika laporan pada laporan indeks harga pengguna(IHP) saban tahun meningkat dan tidak menunjukkan tanda-tanda unutuk menurun? Untuk menjawab persoalan-persoalan ini suka penulis tinggalkn pada pembaca untuk menilai dan mentafsir sendiri.


Sebelum saya akhiri cetusan ini, suka penulis tinggalkan pembaca dengan bait-bait ayat suci untuk sama-sama kita beringat dan berfikir. Moga tulisan ini dapat memberi sedikit sebanyak barakah kepada diri penulis dan pembaca.



firman Tuhan Surah Hud (11): 113, terjemahan,"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang zalim maka kamu akan disentuh api neraka....


bapa penulis melihat rusuhan 'live' di sana baru-baru ini


ps-apa yg penulis cetuskan pada ruangan blog ini adalah mengikut pendapat peribadi penulis,tidak ada kaitan dengan mana-mana pihak sama ada di dalam atau luar negara