Author: محمد فتحي
•1:46 AM
Saya mendengar cerita ini pada satu ceramah. Jadi di sini penulis hendak kongsi sedikit tentang apa yang penulis dapat selepas ceramah itu.Moga dapatlah penulis sedikit pahala daripada perkongsian cerita ini.

 Rasullah s.a.w pernah becerita suatu masa dahulu ALLAH turunkan malaikat untuk menguji keimanan 3 orang hambanya, lalu malaikat tersebut pergilah berjumpa dengan pemuda yang pertama dalam bentuk badan manusia..alkisah pemuda ini berpenyakit kusta di seluruh badannya..


sekadar gambar hiasan

Malaikat : Wahai pemuda, jika di izinkan oleh ALLAH, apakah nikmat yang sangat kamu kecapi pada waktu ini?
Pemuda 1: Saya seorang yang berpenyakit kusta, jadi jika saya di izinkan oleh ALLAH dapat satu nikmat, maka sudah tentulah saya inginkan kulit yang cantik dan sihat.
Justeru malaikat menyapulah tangannya ke atas kulit lelaki tersebut, maka degan serta mertalah kulit pemuda tersebut sembuh dari penyakit kusta yang sedang dihidapinya. Lalu malaikat bertanya lg kepada pemuda itu.

Malaikat : Wahai pemuda, jika di izinkan oleh ALLAH, apakah satu lagi nikmat yang ingin kamu kecapi selepas kamu dapat nikmat kulit yang sihat ini?
Pemuda 1: Jika di izinkan oleh ALLAH untuk mendapat satu nikmat lg, saya ingin mempunyai seekor unta.

Lalu, malaikat itu datangkan seekor unta yang sedang bunting kepada pemuda ini, lalu di berikan kepadanya .
Malaikat itu sempat berdoa supaya pemuda ini diberkati hartanya sebelum ia pergi.



Kemudian, malaikat ini datang pula kepada pemuda yang kedua.Pemuda kedua ni pula adalah seorang yang berpnyakit botak walaupun usianya masih muda.

sekadar gambar hiasan

Maka hal yang lebih kurang sama terjadi antara malaikat dengan pemuda ini.
Malaikat : Wahai pemuda, jika di izinkan oleh ALLAH, apakah nikmat yang sangat kamu kecapi pada waktu ini?
Pemuda 2: Saya seorang yang berpenyakit botak walaupun umur saya masih muda, jadi jika saya di izinkan oleh ALLAH dapat satu nikmat, maka sudah tentulah saya iniginkan rambut yang cantik dan sihat.
Justeru malaikat menyapulah tangannya ke atas kepala  lelaki tersebut, maka degan serta mertalah rambut pemuda tersebut tumbuh dengan lebatnya. Lalu malaikat bertanya lg kepada pemuda itu.

Malaikat : Wahai pemuda, jika di izinkan oleh ALLAH, apakah satu lagi nikmat yang ingin kamu kecapi selepas kamu dapat nikmat rambut yang sihat ini?
Pemuda 2: Jika di izinkan oleh ALLAH untuk mendapat satu nikmat lg, saya ingin mempunyai seekor lembu.

Lalu, malaikat itu datangkan seekor lembu yang sedang bunting kepada pemuda ini, lalu di berikan kepadanya .
Malaikat itu sempat berdoa supaya pemuda ini diberkati hartanya sebelum ia pergi.



Selepas itu, malaikat ini datang pula kepada pemuda yang ketiga.Pemuda kedua ni pula adalah seorang yang buta matanya.


sekadar gambar hiasan

Maka hal yang lebih kurang sama terjadi antara malaikat dengan pemuda ini dengan pemuda-pemuda sebelum ini. Pemuda ini memohon agar matanya dapat sembuh dan dikurniakan seekor kambing.
Lalu permintaan pemuda ini turut malaikat panjantkan ke sisi ALLAH. .
Malaikat itu turut sempat berdoa supaya pemuda ini diberkati hartanya sebelum ia pergi.



Tahun demi tahun, di takdirkan harta ketiga-pemuda ini bertambah-tambah dan melimpah ruah. Lalu ALLAH perintahkan sekali lagi malaikat untuk turun bertemu dengan pemuda-pemuda ini..Malaikat pun turunlah dalam bentuk manusia yang sangat compang-camping dan bepura-pura meminta sedakah kerana kononya berlaku keputusan bekalan makanan.
gambar hiasan


Maka datanglah malaikat ini kepada pemuda yang pertama.meminta segala bentuk bantuan yang dapat diberikan kepadanya.malangya hanya cacian dan cercaan yang hanya diperoleh dari pemuda tersebut. Maka sementelah lah malaikat mendoakan  agar ALLAH  kembalikan keadaan yang asal kepada pemuda tersebut tersebut.Dengan serta merta kulit yang cantik jadilah semula seperti yang sedia kala berpenyakit kusta.Satu demi satu unta yang diternaknya mati akibat penyakit yang pelbagai.
Kemudian pergilah juga malaikat ini kepada pemuda yang kedua.Namun keadaan yang sama berulang,malaikat ini juga mendoakan untuk pemuda ini agar mendapat balasan. Habislah segala ternakannya mati akibat yang pelbagai.

Akhir sekali datanglah malaikat ini kepada penuda yang ketiga.Malaikat ini berasakan nasib si manusia akan sama sahaja seperti nasib pemuda-pemuda yang sebelum ini.Alangkah terkejutnya malaikat ini apabila pemuda ini katakan ambillah apa sahaja yang dihajati .Maka malaikat pun berkata lah pada pemuda ini akan siapa dirinya yang sebenar dan tujuaanya datang kepadanya. Di khabarkan kepada pemuda ini yang dia telah berjaya dalam ujian yang sengaja ALLAH rancangkan .

ok! cukup setakat ini ceritanya. Pada saya(mungkin juga pada pembaca) cerita ini biasa sahaja, tapi selepas saya fikir2kan apakah yang cuba disampaikan oleh cerita rasullah s.a.w ini.Dan akhirnya saya dapat dua  isi yang sangat penting dalam cerita ini.


  1. Daripada cerita ini dapat saya simpulkan manusia sengatlah susah untuk bersedekah bahkan tidak keterlaluan jika saya katakan 2/3 manusia di dunia adalah kedekut!(simbolik cerita ini hanya seornag yang menderma daripada 3 orang) tidak hairanlah mengapa jutaan bahkan bilion pendeuduk di dunia adalah fakir dan miskin.

sedekah membersihkan harta

2. Kesemua manusia merasakan masih tidak cukup dengan apa yang rezeki ALLAH telah berikan dan berusaha untuk pergi kearah 'kesempurnaan'.Simbolik cerita adalah ketiga-tiga pemuda meminta dicukupkan 'apa yang ada'

Saya sudah menyatakan sedikit isi yang terkandung dalam cerita ini,lebihnya terpulanglah kepada pembaca untuk membuat kesimpulan. Suka saya tinggalkan sepotong ayat untuk kita sama-sama muhasabah diri.

“Dan jika kalian menghitung nikmat Allah, niscaya kalian tidak mampu untuk menghitungnya. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (ni’mat Allah).” (QS Ibrahim [14] : 34)